Kampung Kok Pasir terletak di daerah Sungai Pinang dalam Jajahan Tumpat lokasinya kira-kira 7 kilometer dari Bandar Tumpat dan 15 kilometer dari ibu Negeri Kelantan iaitu Kota Bharu. Keluasannya kira-kira 270 ekar.
Dari
Destinasi lain, ke Kg Kok Pasir boleh melalui jalan raya, jalan keretapi dan
jalan sungai.
Kampung
sekitar Kok Pasir ialah , Kg. Kok Keli, Kg. Hutan Jambu, Kampung Belian dan Kg.
Berangan. Pada tahun 2003 penduduk Kok Pasir seramai 1788 orang dan 100 %
berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Latar
Belakang.
Mengikut
sejarah orang tua-tua di kampung ini. Kampung Kok Pasir mula diterokai sekitar
tahun 1830-an oleh dua beradik dari Negeri Terengganu iaitu Haji Che Yusof dan
Che Hussin.
Haji
Che Yusof meneroka tanah di kawasan Hutan Jambu dan Che Hussin meneroka tanah
di kawasan Kampung Kok Pasir. Selepas itu ramailah orang lain yang datang
mendiami kampung ini. Mereka berdua membawa diri ke sini dipercayai
merajuk kerana pertelingkahan keluarga.
0 ulasan:
Catat Ulasan