WAWASAN KG KOK PASIR
Menampilkan masyarakat yang bersatu padu, progmatif,
berinisiatif dan inovasi. Menyemai semangat ukhwah jati diri dan potensi dalam
membina ekonomi mampan dalam menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan.
Berkebolehan dalam bidang IT dan ICT.
Berdaya saing dengan tunggak kekuatan
yang akan menghasilkan kekuatan yang akan menghasilkan insan kamil dan
masyarakat yang produktif dan madani.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Kampung Kok Pasir, Daerah Sungai Pinang
, Jajahan Tumpat, 16040 Palekbang , Kelantan
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Menentukan :
Kepimpinan berkarisma, menghormati dan dihormati, peka dengan keadaan sekirat. Komited dengan wacana yang disarankan oleh kerajaan bagi mewujudkan masyarakat kampung yang:
1. Harmoni , toleransi menjanjikan era kegemilangan tamadun manusiawi yang mengimbangi duniawi dan ukhrawi serta dapat hidup dengan tekun dan damai.
2. Dapat melaksanakan perancangan yang diatur bagi mengiatkan dalam usaha mengembangkan di bidang sosial dan ekonomi bagi memantapkan dan mempertingkat ekonomi individu dan kampung bagi menikmati tahap hidup yang lebih ceria dan gemilang.
3. Menarik pengunjung datang lebih kerap memandangkan kampung ini terdapat banyak tinggalan sejarah terutama kesan-kesan dari monumen ulama yang agung iaitu Gemulah Tok Selehor. Kampung ini berpotensi sebagai lokasi pusat pelancongan.
4. Mempunyai persekitaran yang menarik indah dan bersih , suasana yang aman dan damai, dengan ini bertepatanlah nama kampung ini dengan jolokan “Kampung Kok Pasir Gedung Ilmu”
0 ulasan:
Catat Ulasan