1.Mengumpul data berkenaan IT dan sumber-sumber IT di Kok Pasir.
2.Merancang dan menjalankan aktiviti ke arah masyarakat Kok Pasir yang celik IT .
3.Memetakan Kok Pasir sebagai kampung bersejarah dan bermaklumat ke segenap pelusuk Nusantara.
4.Menjalankan latihan kemahiran komputer dan ICT terhadap masyarakat setempat dan masyarakat luar kawasan ini.
5.Merangsang penduduk setempat dan seluruh masyarakat Negeri Kelantan supaya menyedari tentang betapa pentingnya penggunaan IT ketika ini dan pada masa akan datang.
Usaha Yang Dapat Dilihat Untuk Memantapkan Penggunaan ICT
Dalam usaha mengikuti arus zaman ICT yang mengalir pantas , Kg. Kok Pasir tidak ketinggalan atau terpinggir dari perkembangan Zaman ini. Kg Kok Pasir mampu bergerak seiring dengan pergerakan arus pemikiran globalisasi kini berdasarkan beberapa usaha yang telah dijalankan oleh Tokoh-tokoh yang berasal dari Kampung ini antaranya :
MLVK Darul HananUsaha yang dilakukan oleh Dato’ Dusuki Hj. Ahmad ( Kini Setiausaha Politik Perdana Menteri) menerusi RD NETWORK SDN BHD telah mewujudkan sebuah pusat latihan MLVK ( Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) bertempat di Pondok Darul Hanan.
Pusat ini menawarkan tiga kursus yang berkaitan dengan IT
Dan kemahiran komputer melalui kursus tahap 2 yang mengambil masa selama enam bulan setiap pengambilan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:
i Kursus Rangkaian Komputer
i Kursus Sistem Komputer
i Kursus Sistem Maklumat
MLVK Darul Hanan ditubuhkan bertujuan :
- Melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang IT.
- Melahirkan pelatih yang berpengalaman.
- Membimbing para pelatih ke arah menjadi pekerja yang sempurna dari segala aspek.
- Membantu industri IT mendapatkan tenaga mahir yang berketerampilan dan berwibawa.
Laman WEB Khas Kok PasirKe arah memetakan dan memperkenalkan Kok Pasir sebagai kampung yang bersejarah dan bermaklumat ke seluruh pelusuk Nusantara, Biro ICT telah mewujudkan sebuah laman web khas Kampung Kok Pasir yang memuatkan pelbagai data-data, sejarah dan gambar-gambar tempat yang istimewa yang sesuai untuk dikunjungi yang terdapat di kampung ini.
Laman web yang dimaksudkan boleh dilayari melalui
Sama ada http://kokpasir.bebto.com @ http://kokpasir.isgreat.tv
Selain menghasilkan laman web , Biro ICT juga telah menubuhkan beberapa egroups khas di internet untuk merangsang ke arah celik IT, mahir IT dan seterusnya melahirkan pakar-pakar IT di Daerah Tumpat Khasnya serta Negeri Kelantan amnya.
Melalui Tumpat@yahoogroups.com juga
IT-Kelantan@yahoogroups.com Jawatankuasa ICT Kok Pasir menambah pengalaman dan pengetahuan dalam bidang IT melalui perbincangan antara ahli-ahlinya.
Bertujuan memudahkan cadangan dan saranan kepada biro ICT, GDW Kok Pasir, turut ditempatkan buku tamu pada laman web kok pasir dan e-mel yang beralamat kokpasir@softhome.net turut diwujudkan.
Penggunaan Komputer dan InternetPenggunaan komputer dan internet di Kok Pasir , walaupun ianya masih dalam tahap yang boleh dipertingkatkan lagi,
Sejumlah 28 buah keluarga di kampung ini memiliki komputer di rumah masing-masing dan dari jumlah itu sebanyak 10 keluarga menggunakan internet.
Walaupun pada tahap ini, mutu penggunaan internet di Kok Pasir adalah setanding dengan yang terdapat dia kampung-kampung lain yang telah terkedepan dalam penggunaan Internet dan IT.
Hingga kini dan seterusnya, biro ICT berusaha untuk mempertingkatkan kadar celik IT di Kampung dengan berusaha untuk mendapatkan kemudahan komputer, dan bilik yang sesuai untuk diadakan proses pengajaran komputer dan IT kepada semua golongan masyarakat kampung ini terutamanya kepada kalangan remaja.
Berhubung perkara ini , Biro ICT Kok Pasir juga bercadang untuk mewujudkan sebuah pusat maklumat yang mengumpul dan membekalkan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada masyarakat kampung ini dan kampung-kampung sekitar.
Kedai Telefon Bimbit
Selain terdapat pusat MLVK, Laman web Khas, Komputer peribadi milik keluarga, kok pasir juga dapat berbangga dengan beberapa anak muda yang telah mewujudkan suasana ICT yang lebih menarik di Kok Pasir dengan membuka sebuah kedai telefon bimbit yang mana selalunya tidak terdapat di kampung-kampung lain.
Kedai yang menawarkan penjualan telefon bimbit, aksosesori dan membaik pulih telefon bimbit yang juga merupakan sumber ICT telah menjalankan operasinya pada 28 Jun 2003 dengan diuruskan oleh Belia tempatan kampung ini iaitu En. Mokhtar bin Yusoff bersama rakan-rakan.
Pemilik kedai ini berharap agar dapat diperkembangkan lagi perniagaannya bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.
0 ulasan:
Catat Ulasan